Jambatan Sultan Yahya Kedua. (Pemandangan dari tepi Sungai Kelantan)
Thursday, 4 July 2013
Thursday, 2 May 2013
Aishah artis JANJI MANISMU yang aku kenali....
Aishah ketika di hari penamaan calon baru-baru ini
Mengenali artis Aishah 'Janji Manismu' atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, ketika tahun 1991. Bagaimanapun mengenalinya ketika itu hanya dari jauh sebagai peminatnya sahaja.
Mengenalinya ketika itu kerana powernya suara Aishah khususnya lagu 'Janji Manismu'.
Lirik yang menyentuh kalbu, ditambah pula dengan alunan suaranya yang tinggi dan nyaring...cukup menarik untuk didengar.
Tidak hairan sekiranya lagu itu masih diminati hingga ke hari ini, kanak-kanak yang berusia empat tahun pun tahu tentang lagu itu malah meminta 'antie Aishah' nyanyikan.
Ketika saya mengenalinya sebelum ini, sebagaimana anda juga. Aishah bukan seperti hari ini, itu zaman dahulu. Ketika itu saya sudah bertudung labuh. Saya juga sebenarnya baru berhijrah ketika itu.
Saya tidak mahu menyentuh kisah Aishah yang lampau...tidak perlu kita menoleh ke belakang. Kalau berjalan pun tidak ada orang akan berpaling ke belakang, nanti terhantuk kepala baru padan dengan muka. Dunia pun kalau membuat kemajuan juga akan memandang ke hadapan dan bukan lagi menoleh ke belakang, cuma pandang ke belakang hanya sebagai peringatan atau kenangan sahaja.
Tiada siapa menduga, artis yang pernah mendapat anugerah Juara Lagu 1990 menerusi lagu Janji Manismu kini telah menjadi sahabatku sejak dua tahun lalu.
Selepas penghijrahannya enam tahun lalu, beliau menukar imej seperti hari ini, kerana itu Kelantan turut menjemputnya untuk berkongsi pengalaman.
Aishah ketika dalam satu majlis di Tumpat Kelantan.
Kesempatan itu saya mengambilnya sebaik mungkin untuk mengenalinya lebih dekat. Saya mengenali ramai artis termasuk artis wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama artis yang telah berhijrah, saya juga sering berhubung dengan mereka hingga ke hari ini.
Semua mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan menyentuh kalbu, perlu dibawa ke tengah untuk dikongsi bersama agar golongan muda juga turut berhijrah.
Namun pada saya, Aishah lain dari yang lain. Aishah begitu istimewa pada pandangan saya. Mengenali Aishah membuatkan saya rasa malu pada diri sendiri, terasa diri begitu kecil. Beliau begitu teliti dan menjaga auratnya. Penampilannya dengan imej yang tersendiri menyentuh hati saya.
Tidak banyak bercakap, bila bertutur penuh berhati-hati, tidak pernah mendengar beliau mengumpat orang lain apa lagi mengkritik orang itu tidak betul...orang ini tidak betul.
Bila diminta mengulas berhubung isu pihak lawan, beliau lebih menggunakan pendekatan yang menerang dan tidak mengeluarkan perkara yang buruk terhadap mereka. Pendekata penuh hati-hati. Pada pengamatan saya....Aishah seorang artis yang teliti dan hati-hati sebelum membuat keputusan.
Tidak mustahil beliau juga beberapa kali menolak untuk dicalonkan pada PRU kali ini.
Aishah Calon P127 - Jempol.
Saya begitu tersentuh. masyaallah....begini rupanya Aishah yang aku kenali....
Saya tidak menduga Aishah yang ada di hadapan kita hari ini adalah Aishah yang sama.
Tidak hairan seorang selebriti dakwah terkenal tanah air, pernah memberitahu saya...Aishah seorang wanita yang hebat.....tidak cukup berhijrah, penampilan diri juga berubah, lebih menarik rumahnya dijadikan 'medan' dan ruang untuk berusrah....subhanallah...
Saya hanya cuba untuk berkongsi pengalaman saya ini ketika mengenali beliau untuk kita semua fikirkan, terutama bakal pengundi di Parlimen Jempol Negeri Sembilan. Anda sebenarnya telah didatangkan seorang calon yang baik, seorang wanita yang lebih memahami masaalah masyarakat.
Untuk meningkatkan ketaqwaan pada diri, ingin menjaga penghijrahan yang semakin sebati pada diri bukan suatu perkara yang mudah.
Beliau menjadikan aktiviti membaca pelbagai judul buku untuk menambahkan ilmu pengetahuannya, terutama buku pendidikan agama dan politik.
Aishah anak kelahiran Negeri Sembilan, bagaimanapun menurut keterangannya sebelum ini masih mempunyai sanak saudara di Kelantan memandangkan moyangnya juga berasal dari Kelantan.
Memilih perjuangan PAS memandangkan beliau yakin hanya parti itu yang mampu mengubah nasib masyarakat ke arah yang lebih baik khususnya kembali pada ajaran Islam yang syumul.
Turut turun berkempen di rumah penyokong Umno untuk bertanya khabar...walaupun dah tahu pemilik itu adalah penyokong tegar BN, tetapi tetap bertanya khabar....
Perang pilihanraya, sudah pasti Aishah bakal berhadapan dengan pelbagai rintangan, sudah tentu 'perkara lama' akan dikitar semula sebagai usaha meracuni pemikiran pengundi agar Aishah ditolak pada PRU ini.
Pengundi Jempol anda mampu mengubahnya. Semuanya ditangan anda untuk menentukan negara yang lebih baik pada masa akan datang atau semakin terancam nilai moral dan bebanan kewangan yang makin menghimpit.
TAKBIR
Friday, 26 April 2013
MASJID PUTERAJAYA CIPTA SEJARAH
MASJID PUTERAJAYA CIPTA SEJARAH
Adakah ianya pengukur kemenangan P125 Puterajaya atau hanya sekadar 'mood' sementara menjelang PRU 13.
Anda mampu mengubahnya.
Foto: Rizal Tahir, Azlee Abdul Aziz
Oh! Media, Farouq Hadi dan Page Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sambutan luar biasa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Besi Puterajaya tengahari tadi adalah perkara biasa di tempat lain.
Bagaimanapun ianya perkara luar biasa di Puterajaya pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di wilayah yang baru diwujudkan pada PRU12.
Adakah ianya sebagai kayu pengukur pada kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat dengan kehadiran jemaah untuk menunaikan solat Jumaat yang begini ramai berbanding pada minggu-minggu lain?.
Mendapat info dari rakan setugas di Puterajaya, suasana cukup 'melemaskan' ketika di masjid tersebut. Bayangkanlah belum sempat siap menunaikan solat sunat di masjid itu, orang ramai telah bertakbir dan terus mendekati Tuan Guru.
Walaupun ianya bukan kayu pengukur yang pasti untuk kemenangan PR selepas PRU ini, apa lagi vote hanya diperolehi dari mereka yang melayari internet, bijak pandai dan sebagainya, namun diharap ianya petanda awal untuk melangkah ke Puterajaya.
Maklumat rakan facebook yang juga pengundi di Puterajaya, untuk meraih kemenangan bukan suatu perkara mudah kerana pengundinya sebahagian besar kakitangan kerajaan Persekutuan.
Katanya lagi, PAS dan Pakatan Rakyat bukan hanya perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan, sebaliknya 'mencipta' sesuatu yang memberi keuntungan pada mereka.
Jelasnya, kos sara hidup, bebanan kewangan yang meningkat, perumahan adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh Datuk Husam Musa.
Masyarakat di kampung khususnya golongan warga emas yang turut memainkan peranan penting pada setiap PRUz. Malah kebanyakkan mereka adalah penyokong tegar UmnoBN, begitu juga PAS.
Saya ingin mengambil maklumat yang disiarkan dalam Harakahdaily juga hari ini yang mendedahkan 43 peratus undian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Najib 39 peratus.
Bagi pengundi Melayu pula peratusannya lebih besar sebanyak 54 peratus memihak pada DSAI berbanding Datuk Seri Najib hanya 28 peratus.
Begitu juga pengundi kali pertama yang memihak kepada DSAI sebanyak 48 peratus dan DSN 25 peratus.
Kajian ini menurut Harakahdaily dibuat Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaya (UMCEDEL).
Apapun, penentu adalah di tangan anda sebagai pengundi. Anda mampu mengubahnya. Kehadiran yang ramai pada setiap program tidak mampu mengubah apa-apa sekiranya tidak diterjemahkan pada hari mengundi 5 Mei ini untuk mengundi PAKATAN RAKYAT.
Menurut Faroqhadi...pemilik gambar ini, Tuan Guru belum habiskan solat sunatnya orang ramai telah menunggu untuk SERBU.....
Tuan Guru ketika diiring masuk oleh calon PAS Puterajaya Datuk Husam Musa ke Masjid Puterajaya untuk menunaikan solat Jumaat.
Friday, 22 March 2013
HAFLAH ILMU
Kebanjiran Rakyat Lebih 100,000: Adakah sebagai ukuran kemenangan kerajaan Kelantan yang memasuki Tahun ke-23?
Program Haflah Ilmu anjuran Kerajaan Kelantan dengan kerjasama Ikram Malaysia Cawangan Kelantan dan Haflah, mendapat sambutan masyarakat di negeri itu sehingga berjaya menggamit peserta lebih 100,000 orang.
Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, tempat The Red Warriors dan lawannya berhempas pulas berjuang untuk kemenangan, malam tadi 21 Mac 2013, sekali lagi dibanjiri masyarakat jauh dan dekat termasuk penyokong Pakatan Rakyat dari Terengganu khususnya Besut dan Setiu.
Namun, persoalannya sekarang adakah sambutan hebat penyokong PR itu juga sebagai petanda kemenangan PAS di negeri bertuah itu?.
Ianya akan terjawab selepas PRU nanti walaupun jelas rakyat khususnya penyokong BN sendiri telah ramai yang berpihak pada PAS dan PR.
Ini kerana pihak lawan bertungkus lumus sedaya mungkin mempersembahkan gaya yang cukup lunak untuk menawan hati pengundi.
Program Haflah Ilmu mencipta kemanisannya yang tersendiri. Ianya dianjur melalui portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Ngo negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood.
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut hadir pada majlis itu yang datang sebelum Maghrib dari hospital.
Di tangannya masih terlekat jarum, tentu ruang untuk masukkan air atau ubat.
Sewaktu saya sedang menunggu program berjalan, tiba-tiba saya terkejut melihat seorang nenek yang jalan perlahan-lahan sambil berkata sesuatu. Dia ditarik oleh cucunya (mungkin) dengan bag plasti dan bukannya tongkat.
Hati saya sayu melihat suasana itu, matanya mungkin tidak dapat melihat, namun jiwa dan hatinya celik untuk menilai siapakah pemimpin yang wajar diikuti.
Mungkin nenek ini juga merupakan peminat selebriti dakwah yang datang untuk mendengar ungkapan dan ceramah pada malam itu.
Saya terus meminta anak saya merakamkan saat-saat yang berlalu di hadapan mata saya itu. Kerana dia sedang berjalan dan anak saya mengejarnya, gambar agak kelabu. Namun kita mampu melihatnya dengan baik bukan?.
Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasharuddin Daud telah diamanahkan menyampaikan kuliah Maghrib. Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, mengimami solat Isyak.
Selebriti Dakwah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin Bollywood dijemput sebagai panel pada majlis Bicara Anak Muda itu dengan modaratornya Ustaz Syed Nor Hisyam Tuan Padang.
Program berkenaan penuh ceria, seronok, santai....selain mendapat ilmu dari mereka. Bicara dua penal yang kelakar, job yang tidak melampau membuatkan padang stadium sentiasa 'hidup'....termasuk bertakbir...
Ustaz Haslin Basrin selain menceritakan sejarahnya sebelum menjadi seorang penceramah, beliau turut menyeru anak muda supaya memilih hiburan alternatif. Selain dapat menghidup dan membangun jiwa, ianya turut mendapat redha Allah.
Saya tidak dapat menahan jiwa sayu saya apabila saya memerhatikan mereka di sekeliling saya...memejam mata turut mengalunkan zikir dan ayat2 alQuran yang dialunkan ketika berceramah.
Jelas kelihatan ianya seolah-olah menekan masuk dalam jiwa ayat2 tersebut. masyaallah....saya pandang lagi ke kiri, suasana yang sama juga turut berlaku. Saya tidak menafikan padang sekali sekala riuh rendah dengan ketawa mereka, tetapi ianya penuh bermakna.
Paling berdebar jiwa, apabila Ustaz Azhar Idrus mengingatkan rakyat Kelantan, supaya tidak menukar kerajaan yang ada hari ini. Katanya menukar kerajaan sekarang di bawah pentadbiran ulama, mereka sebenarnya sedang menempah tiket untuk ke nerakan. Masyaallah....
Ustaz Hasrin dan UAI selebriti dakwah yang begitu hebat kini di Malaysia yang indah ini...sebelum ini saya tidak meminati UAI, malah tidak berminat untuk mendengar ceramahnya, namun sekali saya menghayatinya...saya semakin seronok mendengarnya. Terlalu banyak ilmu yang kita perolehi dan tidak ketahui sebelum ini.
Tahniah untuk Datuk Abdul Fatah Mahmood, di atas kejayaan program yang begitu hebat, pecutan akhir anda benar-benar menyengat. Ianya tersimpan dilipatan kenangan yang tidak mudah dilupakan.
"Jangan tukar kerajaan Kelantan
Jika tidak anda seumpama menempah tiket ke neraka," Ustaz Azhar Idrus.

Wednesday, 13 March 2013
Ibu allahyarham Muhammad Hurairah, tidak mampu menahan sebak dihadapan jenazah anak sulungnya yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan negara. Moga ibu arwah dan keluarga tabah menghadapi pemergian insan tercinta.
Sementara itu, seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih juga semalam.
Dua hari lalu, Selasa Prebet
Ahmad Hurairah Ismail, 24 dari pasukan 7 Rejimen Askar Melayu
Diraja (RAMD), Tawau terkorban dalam Ops Daulat yang masuk hari
kelapan.
Allahyarham juga merupakan anggota tentera pertama yang gugur sejak insiden di
Lahad Datu itu terjadi dalam pertempuran di Sungai Nyamuk berdekatan
Kampung Tanjung Batu dekat Lahad Datu.
Sementara itu, seorang anggota tentera berpangkat prebet maut selepas trak yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu-Tungku dekat Cenderawasih juga semalam.
Kejadian pada pukul 7.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Farhan Ruslan
dari Batalion 3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Sandakan.
Jenazah Ahmad Hurairah dibawa ke hanger LTSIP, Pengkalan Chepa untuk diberi penghormatan terakhir
Kedua-dua jenazah berkenaan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra kira-kira jam 9.45 pagi tadi.
Kebetulan
kedua-dua mereka merupakan anak Kelantan.
Saya tidak pernah
membuat liputan ini sebelum ini sejak saya dalam bidang kewartawanan ini.
Memang, peristiwa trajis, pilu menyayat hati telah saya temui, namun peristiwa
di siang tadi begitu menyesakkan jiwa saya.
Para media dari
pelbagai agensi bersama sanak saudara dan pasukan tentera dan polis telah
berkumpul seawal jam 7.00 pagi. Saya sendiri tiba di Lapangan Terbang Sultan
Ismail Petra hampir jam 8.00 pagi.
Dengan berbekalkan
pas media, kami dibenarkan masuk, namun selepas itu tidak lagi perlu
menggunakan pas media termasuk orang ramai, mungkin memberi peluang pada mereka
untuk memberikan penghormatan terakhir pada perwira negara itu.
Saya melihat
seorang demi seorang pemimpin kerajaan negeri masuk ke perkarangan hanger di
lapangan terbang itu. Datuk Seri Mustapha Mohamed, Datuk Awang Adek Hussin,
tidak ketinggalan yang ditunggu-tunggu Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat dan timbalannya Datuk Ahmad Yaacob.
Pada mulanya saya
tidak berasa apa, cuma terdetik pada perasaan ini ibubapa mereka telah kehilangan
anak sulung yang telah banyak berjasa pada negara dan pada anggota keluarganya
sendiri. Itu saja, tidak lebih dari itu.
Namun sebaik
sahaja pesawat TUDM mendarat sekitar jam 9.45 pagi dan jenazah mula diturunkan,
tiba-tiba saya menjadi sebak. Hati terus menjadi pilu apabila kedua-dua jenazah
diusung oleh pasukan tentera petugas.
Ya Allah, kecilnya
diri ketika itu, tidak mampu menahan lagi air mata. Keadaan ketika itu
menjadi sunyi, masing-masing sedekahkan alfatihah untuk kedua-dua arwah.
Saya lihat, Tuan
Guru, Tok Pa sejak awal lagi diminta ke bahagian tengah di mana tempat jenazah
bakal ditempatkan sementara sebagai penghormatan terakhir.
Sekali lagi hati
ini hiba, tidak mampu lagi menahan sebak sebaik sahaja melihat ibu allahyarham
yang kebetulan berada dihadapan saya juga berhampiran jenazah.
Namun, itulah erti
sebuah kehidupan, tiada yang kekal dalam kehidupan ini. Pergi mereka ketika
usia muda dalam mempertahankan kedaulatan negara. tanpa mereka siapa kita untuk
mengecapi indahnya keamanan ini.
Sebahagian pasukan tentera yang berkumpul sejak awal pagi untuk menyambut ketibaan jenazah.
Saya meninggalkan
lapangan terbang sebaik sahaja kedua--dua jenazah di bawa pergi bersama anggota
keluarga masing2. saya tidak pergi ke rumah mereka untuk liputan
seterusnya kerana maklumat itu perlu disegerakan, apa lagi kami belum
bersarapan walaupun hampir jam 11.00 pagi.
Perwira ku..
gugurmu bukan
seumpama kemboja
layu dan kering di
tanah perkuburan
gugur mu membawa
permata keamanan
untuk kami
kecapi...
Pergilah...
kerana namamu
tidak akan pudar
sebagaimana embun
di pagi hari
namun...pergi mu
tersemat pasti
dilipatan hati
bersama kenangan
yang tidakkan mati
Subscribe to:
Posts (Atom)