Friday 26 April 2013

MASJID PUTERAJAYA CIPTA SEJARAH


MASJID PUTERAJAYA CIPTA SEJARAH
Adakah ianya pengukur kemenangan P125 Puterajaya atau hanya sekadar 'mood' sementara menjelang PRU 13.
Anda mampu mengubahnya.
Foto: Rizal Tahir, Azlee Abdul Aziz
Oh! Media, Farouq Hadi dan Page Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Orang ramai mengambil peluang untuk mendekati Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Besi, Puterajaya tengahari tadi.

Sambutan luar biasa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Masjid Besi Puterajaya tengahari tadi adalah perkara biasa di tempat lain.

Bagaimanapun ianya perkara luar biasa di Puterajaya pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan di wilayah yang baru diwujudkan pada PRU12.

Adakah ianya sebagai kayu pengukur pada kemenangan kerajaan Pakatan Rakyat dengan kehadiran jemaah untuk menunaikan solat Jumaat yang begini ramai berbanding pada minggu-minggu lain?.

Mendapat info dari rakan setugas di Puterajaya, suasana cukup 'melemaskan' ketika di masjid tersebut. Bayangkanlah belum sempat siap menunaikan solat sunat di masjid itu, orang ramai telah bertakbir dan terus mendekati Tuan Guru.

Walaupun ianya bukan kayu pengukur yang pasti untuk kemenangan PR selepas PRU ini, apa lagi vote hanya diperolehi dari mereka yang melayari internet, bijak pandai dan sebagainya, namun diharap ianya petanda awal untuk melangkah ke Puterajaya.

Maklumat rakan facebook yang juga pengundi di Puterajaya, untuk meraih kemenangan bukan suatu perkara mudah kerana pengundinya sebahagian besar kakitangan kerajaan Persekutuan.
Katanya lagi, PAS dan Pakatan Rakyat bukan hanya perlu bekerja keras untuk meraih kemenangan, sebaliknya 'mencipta' sesuatu yang memberi keuntungan pada mereka.

Jelasnya, kos sara hidup, bebanan kewangan yang meningkat, perumahan adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh Datuk Husam Musa.

Masyarakat di kampung khususnya golongan warga emas yang turut memainkan peranan penting pada setiap PRUz. Malah kebanyakkan mereka adalah penyokong tegar UmnoBN, begitu juga PAS.




Saya ingin mengambil maklumat yang disiarkan dalam Harakahdaily juga hari ini yang mendedahkan 43 peratus undian kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Najib 39 peratus.

Bagi pengundi Melayu pula peratusannya lebih besar sebanyak 54 peratus memihak pada DSAI berbanding Datuk Seri Najib hanya 28 peratus.

Begitu juga pengundi kali pertama yang memihak kepada DSAI sebanyak 48 peratus dan DSN 25 peratus.

Kajian ini menurut Harakahdaily dibuat Pusat Kajian Pilihanraya dan Demokrasi Universiti Malaya (UMCEDEL).

Apapun, penentu adalah di tangan anda sebagai pengundi. Anda mampu mengubahnya.  Kehadiran yang ramai pada setiap program tidak mampu mengubah apa-apa sekiranya tidak diterjemahkan pada hari mengundi 5 Mei ini untuk mengundi PAKATAN RAKYAT. 


Menurut Faroqhadi...pemilik gambar ini, Tuan Guru belum habiskan solat sunatnya orang ramai telah menunggu untuk SERBU.....


Tuan Guru ketika diiring masuk oleh calon PAS Puterajaya Datuk Husam Musa ke Masjid Puterajaya untuk menunaikan solat Jumaat.