Friday, 15 June 2012
Dato' Ustaz Yahya Othman Idola Jutaan Ummah
Ustaz Yahya Othman
Berita kematian Allahyarham Dato' Ustaz Yahya Othman, mengejutkan semua masyarakat Islam bukan sahaja di Kelantan, tetapi juga di seluruh negara.
Pemergiannya ketika berusia 73 tahun di rumahnya di Kampung Labok, Machang ketika sesi akhir menyiapkan 'editing' buku terbarunya memang mengejutkan.
Amalan hidupnya seharian yang penuh dengan dakwah, Islam, dan keperibadian tinggi akhirnya meninggalkan dunia juga ketika kerja-kerja Islam
Saya mengenalinya sebagai seorang ulama', sebagai seorang ustaz, sebagai seorang pemimpin yang tegas .
Saya masih ingat bagaimana dia tidak membenarkan saya menemuramah pemimpin tertinggi parti Islam Hamas yang datang ke Kelantan untuk mengucapkan tahniah di atas kemenangan menawan Kelantan pada 21 Oktober 1990, selepas parti PAS mencapai kejayaan besar.
"Anti tak payahlah interview dia, biar wartawan muslimin saja,"ujarnya. Ketika itu beliau memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, selepas memenangi calon dalam PRU Banggol Judah.
Tuan Guru ditenangkan kerana bersedih mengenangkan pemergian Ustaz Yahya Othman yang banyak berjasa pada kerajaan negeri, Islam dan jemaah seluruhnya.
Saya tidak berkecil hati dengan tindakannya, mungkin dia ingin menjaga saya. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memandang saya hanya dengan pandangan yang kosong.
Suatu hari seorang rakan memanggil saya memberitahu Ustaz Yahya ingin bertemu dengan saya di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10. Ketika itu beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan memadangkan beliau tidak bertanding lagi pada pilihanraya umum 1994.
Dalam hati saya, terfikir kenapa dia memanggil saya. Bukan mudah dia akan memanggil seorang muslimat jika tidak ada perkara yang penting.
Lalu saya terus mendapatkannya yang sedang menunggu kedatangan saya.
Telah saya duga, saya mempunyai urusan penting di Narathiwat, Selatan Thailand.
"Anti... ana minta anti pergi ke Narathiwat bersama Muslimat negeri. Cover program Himpunan Muslimat di sana dengan baik,"ujarnya dalam bentuk arahan.
Saya mengangguknya, insyaallah sambila menyatakan apa yang perlu saya higlightkan dalam story saya nanti.
Saya bersyukur, permintaan itu telah saya penuhi, bukan sahaja saya telah pergi, sebaliknya juga Pengarang telah menyiarkan berita itu di muka tengah akhbar dua muka surat. Syukur alhamdulillah.
Sebagaimana saya segan dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz, begitu juga saya segan dengannya.
Kali terakhir bertemu dengannya 2010, sewaktu perjalanan ke Perak, Kuala Lumpur untuk urusan kerja bersama suami dan Setiausaha Pimpinan PKR Negeri Mohmmad Hisomuddin Bakar yang kebetulan ada program di dewan Labok, milik allahyarham.
Dia masih seperti dulu, pengisian agama diberikan berhubung dakwah, perjuangan, semangat yang perlu ditekankan dalam perjuangan dan lain-lain lagi.
Jenazah Ustaz Yahya Othman
Saya juga mengambil kesempatan bertemu isteri dan anak-anaknya yang kebetulan ada di rumah. Isterinya yang saya panggil Kak Sah, teruja menerima kunjungan saya kerana telah lama tidak bertemu.
Dia terus memeluk dan mencium saya, terasa diri yang kerdil ini dihargai. Anaknya Najwa tersenyum memerhatikan gelagat kami. Lama bersembang sebelum meneruskan perjalanan ke Perak dan Kuala Lumpur.
Pemergiannya sukar dicari ganti, memperhambakan diri untuk perjuangan setiap saat dan waktu.
Dia adalah seorang ulama, seorang pembimbing, seorang dai'e, seorang pempimpin, idola tarbiyah yang disayangi berjuta ummat terutama yang sering mendekati dirinya.
Allahyarham mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Islam Ikhwan Muslimin sejak beliau masih belajar di sana.
Sewaktu menjadi anggota exco kerajaan negeri, beliau sering berhadapan dengan kritikan pihak lawan terutama berhubung menutup aurat khususnya muslimat yang berada di bawah kawalan kerajaan negeri seperti kakitangan awam, peniaga di pasar kerana tidak berpuas hati sambil menyifatkan ianya sebagai satu paksaan.
Akhbar pihak lawan menjadikan isu berkenaan sebagai utama sehingga meletakkan berita itu di muka hadapan akhbar masing-masing.
Begitu juga tentang larangan penyertaan tilawah al-Quran oleh golongan muslimat, sekali lagi beliau berhadapan kritikan selain Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Enakmen Kanun Jenayah Syariah juga tidak kurang hebatnya diperkatakansehingga ianya menjadi isu hingga ke hari ini.
Saya mengenali agak rapat dengan anak bongsunya yang saya panggil Nida, menyelami bagaimana sifat ayahnya sewaktu dia masih kanak-kanak.
Tokoh pendidik, petah berbicara seumpama ayahnya memang ada pada Nida.
Bagi Nida ayahnya memang tegas, tetapi tidak garang, boleh bermanja. Kami adik beradik sayang padanya.
Ya... kita semua sayang padanya.
Di kala mentari semakin berlalu
pergi mu dengan pesanan bermakna
yang perlu difahami oleh pendokong Islam
Biar pedih jiwa meratapi....pergi mu menjadi kepastian bila tiba ketikanya.
Lumrah kehidupan berakhir kematian
Alfatihah....
Perjalanan terakhir allahyarham selepas selesai solat jenazah yang diimamkan oleh Tok Guru Nik Aziz di Masjid Labok, Machang.
Foto: Zam Zamani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment