Monday 12 August 2019

Ikan Stim Ratu Syahadah


Ku namakan masakan ini Ikan Stim Ratu Syahadah kerana anakandaku Ratu Syahadah yang memasaknya.... Terus terang ku katakan aku tidak berapa suka masakan ini kerana rasanya masam...isinya tawar.  tetapi anakandaku ni special masaknya...tak masam sangat...isinya juga tidak tawar...sebati dia punya rempah2.....memang terbaik....Nak resipinya?...aduuu lupa la plak nak mintak...tpi diapun ambil dengan orang juga...instegram.....

Titisan embun di daun itu


Titis embun....
di pagi hari yang tenang dan dingin....
titis embun seumpama mutiara ini
di permukaan dedaun hijau
mendamaikan jiwa yang sedang gundah

DATARAN REHAL  DI KALA SENJA

Tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai.  Letaknya Istana Adat Istiadat DiRaja Kelantan....berhadapan Masjid Muhammadi, di sekitarnya terdapat beberapa buah muzium terkenal negeri antaranya Muzium Kraftangan....Muzium Adat Istiadat...Muzium Perang...

Saya abadikan kenangan ini sewaktu senja...sebelum azan Maghrib keudara.  Pandangan dari hadapan Istana Adat Istiadat.....

Jika anda berkunjung ke Kelantan...jangan lupa mengunjungi tempat ini....Dataran Rehal....simbolik kepada pentadbiran kerajaan negeri yang menjunjung al Quran dan sunnah .....