Thursday 2 May 2013

Aishah artis JANJI MANISMU yang aku kenali....


                                           Aishah ketika di hari penamaan calon baru-baru ini

Mengenali artis Aishah 'Janji Manismu' atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, ketika tahun 1991. Bagaimanapun mengenalinya ketika itu hanya dari jauh sebagai peminatnya sahaja.
Mengenalinya ketika itu kerana powernya suara Aishah khususnya lagu 'Janji Manismu'.  
Lirik yang menyentuh kalbu, ditambah pula dengan alunan suaranya yang tinggi dan nyaring...cukup menarik untuk didengar.
Tidak hairan sekiranya lagu itu masih diminati hingga ke hari ini, kanak-kanak yang berusia empat tahun pun tahu tentang lagu itu malah meminta 'antie Aishah' nyanyikan.

Ketika saya mengenalinya sebelum ini, sebagaimana anda juga. Aishah bukan seperti hari ini, itu zaman dahulu.  Ketika itu saya sudah bertudung labuh.  Saya juga sebenarnya baru berhijrah ketika itu.

Saya tidak mahu menyentuh kisah Aishah yang lampau...tidak perlu kita menoleh ke belakang. Kalau berjalan pun tidak ada orang akan berpaling ke belakang, nanti terhantuk kepala baru padan dengan muka. Dunia pun kalau membuat kemajuan juga akan memandang ke hadapan dan bukan lagi menoleh ke belakang, cuma pandang ke belakang hanya sebagai peringatan atau kenangan sahaja.

Tiada siapa menduga, artis yang pernah mendapat anugerah Juara Lagu 1990 menerusi lagu Janji Manismu kini telah menjadi sahabatku sejak dua tahun lalu.

Selepas penghijrahannya enam tahun lalu, beliau menukar imej seperti hari ini, kerana itu Kelantan turut menjemputnya untuk berkongsi pengalaman.

                                         Aishah ketika dalam satu majlis di Tumpat Kelantan.

Kesempatan itu saya mengambilnya sebaik mungkin untuk mengenalinya lebih dekat. Saya mengenali ramai artis termasuk artis wanita sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terutama artis yang telah berhijrah, saya juga sering berhubung dengan mereka hingga ke hari ini. 
Semua mereka mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan menyentuh kalbu, perlu dibawa ke tengah untuk dikongsi bersama agar golongan muda juga turut berhijrah.

Namun pada saya, Aishah lain dari yang lain. Aishah begitu istimewa pada pandangan saya. Mengenali Aishah membuatkan  saya rasa malu pada diri sendiri, terasa diri begitu kecil.  Beliau begitu teliti dan menjaga auratnya. Penampilannya dengan imej yang tersendiri menyentuh hati saya.
Tidak banyak bercakap, bila bertutur penuh berhati-hati, tidak pernah mendengar beliau mengumpat orang lain  apa lagi mengkritik orang itu tidak betul...orang ini tidak betul.

Bila diminta mengulas berhubung isu pihak lawan, beliau lebih menggunakan pendekatan yang menerang dan tidak mengeluarkan perkara yang buruk terhadap mereka. Pendekata penuh hati-hati.  Pada pengamatan saya....Aishah seorang artis yang teliti dan hati-hati sebelum membuat keputusan.
Tidak mustahil beliau juga beberapa kali menolak untuk dicalonkan pada PRU kali ini.


                                                       Aishah Calon P127 - Jempol.

Saya begitu tersentuh. masyaallah....begini rupanya Aishah yang aku kenali....
Saya tidak menduga Aishah yang ada di hadapan kita hari ini adalah Aishah yang sama. 
Tidak hairan seorang selebriti dakwah terkenal tanah air, pernah memberitahu saya...Aishah seorang wanita yang hebat.....tidak cukup berhijrah, penampilan diri juga berubah, lebih menarik rumahnya dijadikan 'medan' dan ruang untuk berusrah....subhanallah...

Saya hanya cuba untuk berkongsi pengalaman saya ini ketika mengenali beliau untuk kita semua fikirkan, terutama bakal pengundi di Parlimen Jempol Negeri Sembilan.  Anda sebenarnya telah didatangkan seorang calon yang baik, seorang wanita yang lebih memahami masaalah masyarakat.

Untuk meningkatkan ketaqwaan pada diri, ingin menjaga penghijrahan yang semakin sebati pada diri bukan suatu perkara yang mudah.
Beliau menjadikan aktiviti membaca pelbagai judul buku untuk menambahkan ilmu pengetahuannya, terutama buku pendidikan agama dan politik.

Aishah anak kelahiran Negeri Sembilan, bagaimanapun menurut keterangannya sebelum ini masih mempunyai sanak saudara di Kelantan memandangkan moyangnya juga berasal dari Kelantan.

Memilih perjuangan PAS memandangkan beliau yakin hanya parti itu yang mampu mengubah nasib masyarakat ke arah yang lebih baik khususnya kembali pada ajaran Islam yang syumul.
Turut turun berkempen di rumah penyokong Umno untuk bertanya khabar...walaupun dah tahu pemilik itu adalah penyokong tegar BN, tetapi tetap bertanya khabar....

Perang pilihanraya, sudah pasti Aishah bakal berhadapan dengan pelbagai rintangan, sudah tentu 'perkara lama' akan dikitar semula sebagai usaha meracuni pemikiran pengundi agar Aishah ditolak pada PRU ini.

Pengundi Jempol anda mampu mengubahnya.  Semuanya ditangan anda untuk menentukan negara yang lebih baik pada masa akan datang atau semakin terancam nilai moral dan bebanan kewangan yang makin menghimpit.


TAKBIR


No comments:

Post a Comment