Saturday 24 October 2015

Pintu Gerbang

Pintu gerbang untuk memasuki Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V ini hanya tinggal kenangan...
Ianya sudah tiada lagi.

Perkarangan stadium ini juga berlangsungnya pelbagai acara anjuran kerajaan negeri atau swasta atau badan ngo khususnya pada hujung minggu.

Sunday 11 October 2015

 Orang ramai sedang membeli kuih muih yang terdapat di bawah Pasar Besar Siti Khadijah.
Pelbagai jenis kuih muih citarasa Kelantan terdapat di sini....di bahagian bawah ... Anjung Pasar Besar Siti Khadijah.


Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ini ialah Pasar Besar Buluh Kubu, mengambil sempena kedudukannya di Buluh Kubu. 

Pasar ini dibina sekitar tahun 1980-an oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhmmad Yaakob.
Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada  Pasar Besar Siti Khadijah oleh Menteri Besar Kelantan awal 1990-an oleh Menteri Besar Kelantan yang baru Tuan Guru Datuk Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum hawa yang merupakan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan itu.

Pasar ini menjadi sebahagian dari produk pelancongan Kelantan yang baru selain pusat-pusat peranginan, kraftangan, batik, songket, memandangkan di pasar ini pelbagai jenis jualan dijual pada orang ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.

Satu pemandangan yang unik di pasar ini khususnya di pasar lain di Kelantan, bukan hanya kerana peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga, sebaliknya kaum Cina dan Siam turut berkongsi mencari rezeki di situ.

Pasar ini mempunyai tiga tingkat termasuk di bahagian bawahnya  dan berbentuk segi lapan. 
Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. 
Bagaimanapun ianya kini dalam proses mengindahkan pasar tersebut, apa lagi Kelantan mengistiharkan Tahun Melawat Kelantan pada 2016.

Tingkat satu  diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal, keropok, ikan kering, periuk belanga dan berbagai lagi. 

Di bahagian anjungnya pula, iaitu ditingkat satu terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. 

Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, laksam, laksa, kek, kosu, lompat tikam dan lain turut di jual di sini sama ada di bahagian bawah pasar atau di tingkat satu.

Tingkat tiga pelbagai jenis pakaian sama ada batik, telekong, uniform sekolah, cadar, jubah dan berbagai lagi.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu yang juga terkenal sebagai pusat pelancongan di negeri ini.

Kini pasar ini agak berubah khususnya dari segi produk jualan dan benaan, di mana bulan April lalu di bahagian bawah, iaitu bersekali dengan gerai buah-buahan telah ditempatkan kedai menjahit pakaian.
Terdapat juga kedai emas yang dikatakan dijual pada harga yang cukup rendah pada pelanggan.

Dengan adanya pembaharian ini, pasar berkenaan dijangka menjadi tarikan pelancong yang lebih ramai lagi.
Sekarang ini juga bahagian bumbung pasar ini sedang giat di perbaiki bagi mengindahkannya di samping memberi keselesaan kepada peniaga dan orang ramai.



 Ulam-ulaman sayur-sayuran juga terdapat di pasar ini.  Anda akan dapat menikmatinya pada harga yang cukup berpatutan.  Terdapat di bahagian bawah pasar....

Tuesday 22 September 2015

MATA DAN HATI....


Mengenali Pak Abu atau nama sebenarnya Abu Seman di Facebook.
Sering tercari-carinya pada satu majlis, tetapi sering terlepas.
akhirnya terjumpa juga dengan izin Allah.  Alhamdulillah.
Hari ini Pak Abu dengan rakan-rakan pelukisnya yang lain Pak Rossem, Zulkifli, Asran dan lain-lain melukis di Bandar Kota Bharu.
Pasar Besar Siti Khadijah sebagai bahan untuk dilukis dari arah belakang.
Bersembang dengannya seketika... mengenali beberapa orang pelukis lain yang tidak pernah dikenali terumasuk yang paling muda Adik Haiqal, 25 tahun.
Goodluck....

Monday 21 September 2015


Kenanganku bersama pelakon tersohor
anak kelahiran Kelantan Mustapha Kamal dan isterinya selepas pertemuannya dengan Murabbi Ummah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.



Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika dalam sesi temubualnya tahun lalu.
Dalam kenangan.


Pelukan kasih dari seorang rakyat pada wakilrakyatnya....
Abe Uji dipeluk oleh salah seorang mangsa banjir ketika misi lawatan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ke Kuala Krai meninjau kesan-kesan banjir awal Januari lalu.
Masing-masing menangis... mengenang nasib yang diuji Allah cukup berat ditanggung mangsa banjir 2014 atau dikenali Bah Kuning...


Masyaallah...
Rindunya aku padamu Murabbi Ummah...
Biarpun kau telah pergi...
Namun kau masih hidup dalam ingatanku...
Ingatan kami dan kenangan kami...
Al Fatihah....


Adik melangkah gagah...
bersemangat di hari penamaan calon PRU13 lalu.
Tangan kanan memengang makanan untuk sarapan di pagi hari....