Meminati artis veteran ini sejak masih di sekolah rendah. Irama lagu-lagu hindustannya begitu merdu didengar. Maafkanlah...Ku Tak Ingin Menangis Lagi dan banyak lagi menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat ketika itu, walaupun anak-anak sekolah sepertiku.
Jarak yang begitu panjang sekitar tahun 70-an dan kini 2018 sedikitpun tidak ku duga akan bertemu dengannya.
Namun sesungguhnya pertemuan itu diatur oleh Allah dan telah mentakdirkan untuk mengenalinya lebih dekat.
Pertemuan hari ini juga menyedarkan banyak pihak di mana masih ada seorang bintang walaupun hanya pelakon tambahan sezaman Tan Sri P.Ramlee adalah anak kelahiran Kelantan.
Kunjungan Datuk D.J.Dave atau Irwan Shah Abdullah selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) ke rumah salah seorang pelakon tambahan filem ALI BABA BUJANG LAPOK membuatkan kita pula mengenali Pok Dir atau nama sebenarnya Abdul Kadir Mamat.
Turut hadir dalam sesi lawatan itu artis Dato' Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias dan pelakon Gerak Gerak Khas, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil.
Menariknya Datuk Dave ini biarpun telah berusia 71 tahun, namun masih sihat dan kuat. Masih aktif menyanyi.
Menurut Dave, pihaknya
mengambil keputusan untuk menziarahi Pak Dir setelah penderitaan hidupnya
ditularkan di media sosial hasil pendedahan sebuah akhbar.
“Alhamdulillah, kita
bersyukur kerana berpeluang menziarahi Pak Dir,”ujarnya.
Dave pula berkata, selepas membaca laporan berita keadaan Pok Dir yang uzur dan perlu berulang-alik ke hospital, pihaknya segera membuat perancangan untuk melawat pelakon veteran berkenaan.
"Alhamdulillah, hari ini kami dapat turun padang dan bertemu sendiri Pok Dir serta sampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.
"Sebenarnya artis veteran ini bukan perlukan bantuan kewangan sahaja, tetapi mereka perlukan kita untuk menghargai atau mengiktiraf mereka selain menerima kata-kata semangat supaya cepat sembuh," katanya.
Ramai yang meminta saya mencungkil rahsia Dave kenapa beliau kelihatan begitu sehat, awek muda dan masih aktif menyanyi.
Katanya, beliau tidak mengamalkan sebarang ubat-ubatan, sebaliknya selepas solat Subuh setiap pagi beliau akan bersenam untuk mengeluarkan peluh.
Selain itu menurutnya, badmintan juga adalah antara permainan sukan yang diminatinya untuk membuatkan seseorang itu cerdas dan aktif.
"Saya juga mengelak diri dari minuman sejuk, sebaliknya melazimkan diri memakan ulam-ulaman, alhamdulillah,"ujarnya.
Pok Dir, 78, ketika
ditemui begitu bersemangat walaupun masih keuzuran. Tidak cukup dengan itu beliau memakai pakaian
bertemakan jalur gemilang.
Pak Dir sebenarnya adalah salah seorang peminat DJ Dave, malah meminta Dave menyanyikan lagu 'Ku Tak Ingin Menangis
Lagi' khusus untuknya.
"Terima kasih banyak-banyak sudi datang ziarah saya, memang saya tak sangka Datuk Dave, Datuk Nash nak rumah
saya.
"Saya bukanlah nama besar dalam dunia filem tapi mereka sudi
juga datang ziarah saya, alhamdulillah, hanya itu mampu saya luahkan,"ujarnya.
Pak Dir kelihatan segak dan sehat ketika memakai baju bertemakan Jalur Gemilang. Menariknya beliau adalah salah seorang yang turut terperangkap ketika peristiwa 13 Mei.
Namun nasibnya begitu baik kerana terselamat menyorok keluar dari panggung wayang di Kuala Lumpur di bawah timbunan mayat-mayat yang dibunuh ketika itu.
Pak Dir sempat berlakon empat buah filem antaranya Kanchan Tirana, Pendekar Bujang Lapok serta beberapa filem lagi. Pak Dir kini begitu uzur dan mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Kisahnya yang lucu sewaktu aksi menyerang tandas yang dipangkah oleh Margina turut mencuit hati kami.
Menurutnya, walaupun tandas berkenaan baru dibuat untuk filem berkenaan, tetapi ada individu tertentu telah mensabotaj dengan membuang air besar di tandas tersebut.
Akibatnya, najis telah terpalit ke pakaian beberapa orang pelakon termasuk dirinya.
"Aksi itu dan filem Ali Baba Bujang Lapok jugalah saya dapat bayara begitu mahal iaitu RM50 pada hari tersebut,"ujarnya.
No comments:
Post a Comment