Sunday, 14 December 2025

Foto:  Jabatan Bomba Dan Penyelamat Negeri Kelantan


 Gambar Almarhum Tok Guru Tan Sri Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dimamah api dalam kebakaran


Pada awal Selasa (25 November 2025) lalu, rakyat Malaysia khususnya Kelantan dikejutkan dengan berita lukisan serta gambar bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Tan Sri Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz) yang digantung di dinding pejabat pengurusan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) Pengkalan Chepa tidak hangus dalam satu kebakaran awal pagi itu.

Walaupun premis tersebut terbakar melebihi 85 peratus, namun gambar Almarhum yang telah digantung lebih 20 tahun itu  berada dalam keadaan baik.

Selain lukisan berkenaan, ayat kursi yang digantung bersebelahan lukisan Almarhum Tok Guru juga tidak terbakar, termasuk gambar-gambar kecil Almarhum.


Penyelia Putik, Raja Roslan Raja Yaakob sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian berkata, kejadian kebakaran itu diketahuinya sekitar jam 5 pagi setelah dihubungi pengawal keselamatan yang bertugas memaklumkan perkara tersebut.

Kisah kebakaran ini mendapat liputan meluas media arus perdana termasuk media social, terutama berkaitan gambar Almarhum Tuan Guru yang tidak dimamah api pada kejadian itu.





Almarhum Tok Guru Tan Sri Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, lahir 10 Januari 1931 merupakan  tokoh ulama dan ahli politik Malaysia.

Allahyarham mula dilantik sebagai  Menteri Besar Kelantan (1990-2013) dan juga pernah memegang jawatan Mursyidul Am PAS.

Allahyarham dikenali dengan gaya hidup zuhud, pentadbiran bersih, mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam sehingga Kelantan bebas kes  rasuah hingga ke hari ini.

Allahyarham meninggal dunia 12 Februari 2015, meninggalkan legasi sebagai pemimpin spiritual dan politik yang dihormati  bukan sahaja di peringkat negara, sebaliknya hingga ke peringkat antarabangsa. 


No comments:

Post a Comment