ceritaku ceritamu
Monday, 12 August 2019
Ikan Stim Ratu Syahadah
Ku namakan masakan ini Ikan Stim Ratu Syahadah kerana anakandaku Ratu Syahadah yang memasaknya.... Terus terang ku katakan aku tidak berapa suka masakan ini kerana rasanya masam...isinya tawar. tetapi anakandaku ni special masaknya...tak masam sangat...isinya juga tidak tawar...sebati dia punya rempah2.....memang terbaik....Nak resipinya?...aduuu lupa la plak nak mintak...tpi diapun ambil dengan orang juga...instegram.....
Titisan embun di daun itu
Titis embun....
di pagi hari yang tenang dan dingin....
titis embun seumpama mutiara ini
di permukaan dedaun hijau
mendamaikan jiwa yang sedang gundah
DATARAN REHAL DI KALA SENJA
Tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai. Letaknya Istana Adat Istiadat DiRaja Kelantan....berhadapan Masjid Muhammadi, di sekitarnya terdapat beberapa buah muzium terkenal negeri antaranya Muzium Kraftangan....Muzium Adat Istiadat...Muzium Perang...
Saya abadikan kenangan ini sewaktu senja...sebelum azan Maghrib keudara. Pandangan dari hadapan Istana Adat Istiadat.....
Jika anda berkunjung ke Kelantan...jangan lupa mengunjungi tempat ini....Dataran Rehal....simbolik kepada pentadbiran kerajaan negeri yang menjunjung al Quran dan sunnah .....
Tempat ini sering menjadi tumpuan orang ramai. Letaknya Istana Adat Istiadat DiRaja Kelantan....berhadapan Masjid Muhammadi, di sekitarnya terdapat beberapa buah muzium terkenal negeri antaranya Muzium Kraftangan....Muzium Adat Istiadat...Muzium Perang...
Saya abadikan kenangan ini sewaktu senja...sebelum azan Maghrib keudara. Pandangan dari hadapan Istana Adat Istiadat.....
Jika anda berkunjung ke Kelantan...jangan lupa mengunjungi tempat ini....Dataran Rehal....simbolik kepada pentadbiran kerajaan negeri yang menjunjung al Quran dan sunnah .....
Tuesday, 31 July 2018
Datuk D.J Dave dan Datuk Nash penghubung aku mengenali insan seni ini...
Meminati artis veteran ini sejak masih di sekolah rendah. Irama lagu-lagu hindustannya begitu merdu didengar. Maafkanlah...Ku Tak Ingin Menangis Lagi dan banyak lagi menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat ketika itu, walaupun anak-anak sekolah sepertiku.
Jarak yang begitu panjang sekitar tahun 70-an dan kini 2018 sedikitpun tidak ku duga akan bertemu dengannya.
Namun sesungguhnya pertemuan itu diatur oleh Allah dan telah mentakdirkan untuk mengenalinya lebih dekat.
Pertemuan hari ini juga menyedarkan banyak pihak di mana masih ada seorang bintang walaupun hanya pelakon tambahan sezaman Tan Sri P.Ramlee adalah anak kelahiran Kelantan.
Kunjungan Datuk D.J.Dave atau Irwan Shah Abdullah selaku Pengerusi Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) ke rumah salah seorang pelakon tambahan filem ALI BABA BUJANG LAPOK membuatkan kita pula mengenali Pok Dir atau nama sebenarnya Abdul Kadir Mamat.
Turut hadir dalam sesi lawatan itu artis Dato' Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias dan pelakon Gerak Gerak Khas, Zed Zaidi atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil.
Menariknya Datuk Dave ini biarpun telah berusia 71 tahun, namun masih sihat dan kuat. Masih aktif menyanyi.
Menurut Dave, pihaknya
mengambil keputusan untuk menziarahi Pak Dir setelah penderitaan hidupnya
ditularkan di media sosial hasil pendedahan sebuah akhbar.
“Alhamdulillah, kita
bersyukur kerana berpeluang menziarahi Pak Dir,”ujarnya.
Dave pula berkata, selepas membaca laporan berita keadaan Pok Dir yang uzur dan perlu berulang-alik ke hospital, pihaknya segera membuat perancangan untuk melawat pelakon veteran berkenaan.
"Alhamdulillah, hari ini kami dapat turun padang dan bertemu sendiri Pok Dir serta sampaikan sedikit sumbangan kepada beliau.
"Sebenarnya artis veteran ini bukan perlukan bantuan kewangan sahaja, tetapi mereka perlukan kita untuk menghargai atau mengiktiraf mereka selain menerima kata-kata semangat supaya cepat sembuh," katanya.
Ramai yang meminta saya mencungkil rahsia Dave kenapa beliau kelihatan begitu sehat, awek muda dan masih aktif menyanyi.
Katanya, beliau tidak mengamalkan sebarang ubat-ubatan, sebaliknya selepas solat Subuh setiap pagi beliau akan bersenam untuk mengeluarkan peluh.
Selain itu menurutnya, badmintan juga adalah antara permainan sukan yang diminatinya untuk membuatkan seseorang itu cerdas dan aktif.
"Saya juga mengelak diri dari minuman sejuk, sebaliknya melazimkan diri memakan ulam-ulaman, alhamdulillah,"ujarnya.
Pok Dir, 78, ketika
ditemui begitu bersemangat walaupun masih keuzuran. Tidak cukup dengan itu beliau memakai pakaian
bertemakan jalur gemilang.
Pak Dir sebenarnya adalah salah seorang peminat DJ Dave, malah meminta Dave menyanyikan lagu 'Ku Tak Ingin Menangis
Lagi' khusus untuknya.
"Terima kasih banyak-banyak sudi datang ziarah saya, memang saya tak sangka Datuk Dave, Datuk Nash nak rumah
saya.
"Saya bukanlah nama besar dalam dunia filem tapi mereka sudi
juga datang ziarah saya, alhamdulillah, hanya itu mampu saya luahkan,"ujarnya.
Pak Dir kelihatan segak dan sehat ketika memakai baju bertemakan Jalur Gemilang. Menariknya beliau adalah salah seorang yang turut terperangkap ketika peristiwa 13 Mei.
Namun nasibnya begitu baik kerana terselamat menyorok keluar dari panggung wayang di Kuala Lumpur di bawah timbunan mayat-mayat yang dibunuh ketika itu.
Pak Dir sempat berlakon empat buah filem antaranya Kanchan Tirana, Pendekar Bujang Lapok serta beberapa filem lagi. Pak Dir kini begitu uzur dan mendapat rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Kisahnya yang lucu sewaktu aksi menyerang tandas yang dipangkah oleh Margina turut mencuit hati kami.
Menurutnya, walaupun tandas berkenaan baru dibuat untuk filem berkenaan, tetapi ada individu tertentu telah mensabotaj dengan membuang air besar di tandas tersebut.
Akibatnya, najis telah terpalit ke pakaian beberapa orang pelakon termasuk dirinya.
"Aksi itu dan filem Ali Baba Bujang Lapok jugalah saya dapat bayara begitu mahal iaitu RM50 pada hari tersebut,"ujarnya.
Thursday, 4 August 2016
Salma Husain
Foto: Rizal Tahir
Ahmad Naufal
Selepas Ahmad Naufal Fauzi dinobatkan sebagai johan Qari Jr TV3 Ke-5, ramai yang ingin mengetahui kisah hidupnya seharian.
Kejayaannya yang telah dijangka seawal penyertaannya itu, membuatkan ramai yang tertunggu-tunggu untuk mengetahui kisah hidupnya saban hari.
Ahmad Naufal atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ahmad’ sebagaimana juga kanak-kanak lain.
Gemar bermain, bermanja, berjalan sebagaimana juga kanak-kanak lain, apa lagi sebagai anak tunggal lelaki dalam keluarga membuatkan dia agak diberi perhatian yang lebih terutama kakak-kakaknya.
Namun, apa yang membezakan adalah corak dan cara pendidikkan yang digariskan oleh kedua ibubapanya terutama ketika mengandungkannya lagi.
Ibunya, Wan Mariati Abdul Kadir, 43, ketika ditemui di rumahnya baru-baru ini memberitahu beliau sering membaca al Quran setiap hari terutama sewaktu mengandung.
Katanya, kebiasaannya ibu yang mengandung hanya memilih surah-surah seperti Maryam, Yusof, Lokman untuk tujuan-tujuan tertentu.
“Sebenarnya lebih baik membaca sebuah al Quran dan bukannya memilih surah-surah tertentu. Ianya akan terkesan kepada anak yang kita kandungkan,”ujarnya.
Mariati merupakan pensyarah di Politeknik Kok Lanas, Kota Bharu.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, ketika kanak-kanak lain leka dengan ‘gejet’, namun keluarga ini mengawal anak-anak mereka dari leka dengan peralatan tersebut.
Bukan itu sahaja, televisen yang menghidangkan pelbagai cerita khususnya untuk kanak-kanak juga hanya waktu tertentu sahaja dibenarkan menonton dalam sehari.
Tambahnya, itupun berkaitan pendidikan agama atau bacaan al Quraan seperti Qari Junior.
“Oleh kerana mereka tidak begitu biasa, akhirnya televisenpun tidak begitu dipedulikan,”ujar ayahnya Ustaz Fauzi Iberahim, 50.
Menceritakan pengalaman Ahmad Naufal dalam pengajian al Quran, Fauzi memberitahu minatnya sudah kelihatan ketika usianya tiga tahun.
Jelasnya, ketika itu Ahmad hanya pandai mengikut kakak-kakaknya sahaja, bagaimanapun setelah usianya lima tahun anaknya itu lebih serius belajar.
Fauzi memberitahu, tidak sebagaimana orang lain, beliau mengutamakan bacaan yang betul atau lebih berkualiti.
“Kerana itu, walaupun sudah berusia 12 tahun, Ahmad baru menghafal dua juz.
“Kami mementingkan kualiti berbanding kuantiti, tidak ada gunanya membaca al Quran sampai dua tiga kali habis sebuah al Quran, tetapi bacaannya tidak betul.
Sebagai seorang yang berilmu dalam al Quran, memandangkan beliau juga pernah belajar di Makkah dan tinggal di sana sejak kecil, Fauzi mempraktikkan pengalaman itu pada semua anak-anaknya.
Katanya, beliau juga tidak memaksa anaknya untuk menghafal al Quran, tetapi terserah pada mereka untuk menghafal berapa ayat dalam sehari.
“Bimbang kalau kita paksa, dia akan cepat jemu,”ujarnya.
Ahmad Naufal bukan sahaja diajar membaca al Quran, sebaliknya dilatih bagaimana untuk menjadi seorang imam solat.
Usaha itu berjaya, apabila bulan Ramadan lalu, anak ketiga dari lima orang adik beradik itu telah mampu mengimami solat sunat tarawih di masjid berhampiran rumahnya di Kampung Dalam Kar, Batu Empat, Jalan Kuala Krai dekat sini.
Menyentuh bagaimana anaknya itu meminati Qari Jr, beliau memberitahu Ahmad Naufal mengikuti program Qari Jr sejak siri pertama iaitu ketika berusia tujuh tahun lagi.
“Sejak itu, dia akan mengikuti program berkenaan dari tahun ke tahun sehinggalah pada tahun lepas,”ujarnya.
Menurutnya, tahun lepas Ahmad begitu berhasrat untuk menyertai Qari Jr, namun malangnya mereka mengetahuinya pada hari akhir tarikh tutup penyertaan.
Ketika itu katanya, mereka sekeluarga berada di Thailand dan tarikh tutupnya sewaktu masih berada di negara terbabit.
“Ahmad menangis kerana tidak dapat menyertai program itu. Saya memujuk dia, kita cuba tahun hadapan, tak dapat tahun ini tentu ada hikmahnya,”ujarnya lagi.
Bagaimanapun jelas Fauzi, penyertaan anaknya itu pada tahun ini langsung tidak diketahui oleh beliau dan isteri.
Jelasnya, anaknya yang sulung Siti Amirah telah berpakat secara diam-diam mengisi penyertaan tersebut di internet.
“Kami hanya mengetahuinya setelah TV3 telefon untuk menjemput kami ke Sri Pentas untuk ujian peringkat akhir,”ujarnya.
Fauzi seterusnya berkata, amat wajar ibubapa membudayakan membacakan al Quraan dalam keluarga.
Jelasnya, andainya ‘bershopping’ boleh dilakukan bersama, apa salahnya jika membaca al Quran bersama keluarga diadakan sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Tegasnya, bukan setakat membaca, sebaliknya mengamalkan apa yang terkandung dalam al Quran.
“Alhamdulillah, setakat ini walaupun anak saya yang sulung dah berusia 17 tahun, yang adik 14, saya masih mengingatkan mereka tentang solat dan membaca al Quraan,”ujarnya.
Katanya, tanggungjawab itu tidak akan berakhir selagi ibubapa masih hidup.
Ahmad Naufal pula berkata, saat yang tidak dapat dilupakan olehnya apabila terpilih bersama sembilan orang peserta yang lain untuk ke peringkat seterusnya.
Jelasnya, perasaan semakin cemas apabila menunggu siapa yang tersingkir dan siapa pula yang kekal pada minggu-minggu berikutnya sehingga ke episod ketiga.
“Alhamdulillah, Ahmad antara yang terpilih bersama empat orang lagi rakan untuk ke peringkat akhir,”ujarnya.
Menariknya anak ini berkata, beliau bukan berhasrat untuk menggondol hadiah tempat pertama, sebaliknya untuk mencari pengalaman dan kerana minatnya cukup tinggi pada program itu.
Bagaimanapun, beliau bersyukur kerana Allah telah memilihnya untuk menjadi johan pada malam itu.
“Kenangan yang tak dapat dilupakan sewaktu mula-mula berada di Sri Pentas, malu sangat,”ujarnya sambil memandang ayah dan ibu yang berada di sebelahnya sambil tersenyum.
Ketika ditanya apakah cita-citanya bila dewasa nanti dengan selamba menjawab “nak jadi saintis yang hafaz al Quran,”.
Untuk persiapan ke arah itu, Ahmad berkata beliau berhasrat untuk belajar di sekolah Arab yang mengutamakan hafazan al Quran.
Bagaimanapun, katanya ia terpulang kepada kedua orang tuanya sendiri.
Kemenangannya baru-baru ini, membuatkan beliau seperti berada dalam dunia baru.
Kepulangannya ke Kota Bharu disambut orang ramai termasuk pimpinan kerajaan negeri membuatkan beliau begitu resah.
Pada masa yang sama, rakan-rakan sebaya dan orang ramai pula ingin bergambar dengannya.
“Ketika itu kebetulannya Ahmad demam, jadi dia menangis dan terasa agak rimas, tapi sekarang alhamdulillah, semuanya sudah kembali seperti biasa,”ujar ibunya.
Ahmad Naufal juga pernah mendapat pendidikan Pasti Muaz bin Jabbal, Kampung Tiong.
Dengan kemenangan itu, Naufal memenangi wang tunai RM10,000, sijil penyertaan, boucer bernilai RM900 dan dua tiket penerbangan untuk menunaikan umrah.
Fauzi sebelum ini pernah menyimpan hasrat untuk menunaikan umrah bersama anggota keluarga.
“Alhamdulillah kemenangan Ahmad sedikit sebanyak mengurangkan kos untuk ke sana nanti setelah dua tiket percuma diperolehi,”ujarnya.
Turut memberi dorongan terhadap kejayaan Ahmad Naufal adalah datuk dan neneknya, Abdul Kadir Mohamed, 80 dan Maimun Sulong, 71 selain adik beradiknya yang lain, Siti Nur Iman, Siti Amani dan Siti Nur Ilham.
Naufal kini sering diundang memenuhi program khususnya program Pasti sebagai usaha menarik minat tunas-tunas Islam itu menyintai Islam dan alQuran.
Terkenang wajah Naufal yang manja....sering mengukirkan senyuman...namun malu untuk diajak berbicara.....
Naufal....ramai yang ingin menjejaki mu...namun bukan mudah untuk direntasi...jika tanpa iman dan taqwa...jika tiada usaha dan minat...tiada dokongan dan sokongan ibubapa dan keluarga...
Moga Ahmad Naufal kedua akan dapat dilahirkan menerusi program realiti tv kanak-kanak....
Saturday, 24 October 2015
Sunday, 11 October 2015
Pelbagai jenis kuih muih citarasa Kelantan terdapat di sini....di bahagian bawah ... Anjung Pasar Besar Siti Khadijah.
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ini ialah Pasar Besar Buluh Kubu, mengambil sempena kedudukannya di Buluh Kubu.
Pasar ini dibina sekitar tahun 1980-an oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pentadbiran Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhmmad Yaakob.
Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada Pasar Besar Siti Khadijah oleh Menteri Besar Kelantan awal 1990-an oleh Menteri Besar Kelantan yang baru Tuan Guru Datuk Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum hawa yang merupakan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan itu.
Pasar ini menjadi sebahagian dari produk pelancongan Kelantan yang baru selain pusat-pusat peranginan, kraftangan, batik, songket, memandangkan di pasar ini pelbagai jenis jualan dijual pada orang ramai termasuk pelancong dari dalam dan luar negara.
Satu pemandangan yang unik di pasar ini khususnya di pasar lain di Kelantan, bukan hanya kerana peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga, sebaliknya kaum Cina dan Siam turut berkongsi mencari rezeki di situ.
Pasar ini mempunyai tiga tingkat termasuk di bahagian bawahnya dan berbentuk segi lapan.
Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya.
Bagaimanapun ianya kini dalam proses mengindahkan pasar tersebut, apa lagi Kelantan mengistiharkan Tahun Melawat Kelantan pada 2016.
Tingkat satu diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti serunding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal, keropok, ikan kering, periuk belanga dan berbagai lagi.
Di bahagian anjungnya pula, iaitu ditingkat satu terdapat Ayam percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, nasi dagang, laksam dan somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan.
Kuih tradisional Kelantan seperti kuih "tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita, laksam, laksa, kek, kosu, lompat tikam dan lain turut di jual di sini sama ada di bahagian bawah pasar atau di tingkat satu.
Tingkat tiga pelbagai jenis pakaian sama ada batik, telekong, uniform sekolah, cadar, jubah dan berbagai lagi.
Pasar ini terletak bersebelahan dengan Bazar Buluh Kubu yang juga terkenal sebagai pusat pelancongan di negeri ini.
Kini pasar ini agak berubah khususnya dari segi produk jualan dan benaan, di mana bulan April lalu di bahagian bawah, iaitu bersekali dengan gerai buah-buahan telah ditempatkan kedai menjahit pakaian.
Terdapat juga kedai emas yang dikatakan dijual pada harga yang cukup rendah pada pelanggan.
Dengan adanya pembaharian ini, pasar berkenaan dijangka menjadi tarikan pelancong yang lebih ramai lagi.
Sekarang ini juga bahagian bumbung pasar ini sedang giat di perbaiki bagi mengindahkannya di samping memberi keselesaan kepada peniaga dan orang ramai.
Ulam-ulaman sayur-sayuran juga terdapat di pasar ini. Anda akan dapat menikmatinya pada harga yang cukup berpatutan. Terdapat di bahagian bawah pasar....
Tuesday, 22 September 2015
MATA DAN HATI....
Mengenali Pak Abu atau nama sebenarnya Abu Seman di Facebook.
Sering tercari-carinya pada satu majlis, tetapi sering terlepas.
akhirnya terjumpa juga dengan izin Allah. Alhamdulillah.
Hari ini Pak Abu dengan rakan-rakan pelukisnya yang lain Pak Rossem, Zulkifli, Asran dan lain-lain melukis di Bandar Kota Bharu.
Pasar Besar Siti Khadijah sebagai bahan untuk dilukis dari arah belakang.
Bersembang dengannya seketika... mengenali beberapa orang pelukis lain yang tidak pernah dikenali terumasuk yang paling muda Adik Haiqal, 25 tahun.
Goodluck....
Monday, 21 September 2015
Pelukan kasih dari seorang rakyat pada wakilrakyatnya....
Abe Uji dipeluk oleh salah seorang mangsa banjir ketika misi lawatan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob ke Kuala Krai meninjau kesan-kesan banjir awal Januari lalu.
Masing-masing menangis... mengenang nasib yang diuji Allah cukup berat ditanggung mangsa banjir 2014 atau dikenali Bah Kuning...
Subscribe to:
Posts (Atom)